suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aset Neymar Dibeku, Dituduh Elak Cukai

SAO PAULO: Ibu bapa penyerang Brazil, Neymar menafikan sebarang salah laku selepas seorang hakim mengarahkan pembekuan aset berjumlah kira-kira AS$47.6 juta dalam kes pengelakan cukai.

Neymar dituduh tidak membayar 63 juta reais (kira-kira AS$16 juta) cukai antara 2011 dan 2013.

Namun ibu bapa Neymar berkata, pemain Barcelona itu "tidak boleh mengisytiharkan apa yang bukan miliknya".

Hakim bertindak membeku tiga kali ganda daripada amaun berkenaan atas sebab-sebab keselamatan termasuk untuk menampung potensi faedah dan denda, demikian mengikut perintah kehakiman berhubung penyitaan itu.

Tindakan ini meliputi harta dan kenderaan milik pemain itu.

Bagaimanapun Neymar masih mempunyai akses kepada akaun bank dan aset cair yang lain.

Hakim Carlos Muta menuduh pemain berusia 23 tahun "tidak memasukkan" sumber pendapatannya dari luar negara.

Kelan Bola Sepak Barcelona telah dinamakan sebagai sumber wang tidak dilaporkan itu.

Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain