suria

Spurs Menang Selesa 4-1 Ke Atas Man City

Pemain-pemain Spurs meraikan kemenangan ke atas Man City pada aksi Sabtu malam.

STADIUM White Hard Lane digegarkan dengan sorakan penyokong-penyokong Tottenham Hotspur selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Man City tampil garang dengan memberi jaringan seawal mini t ke-25 melalui Kevin De Bruyne, namun kegembiraan itu hanya seketika selepas  Eric Dier menyamakan kedudukan pada minit terakhir babak pertama.

Pada babak kedua, Toby Alderweireld menambah jaringan kedua pada minit ke-50 sebelum Harry Kane menambah tekanan kepada anak buah Manuel Pellegrini untuk gol ketiga sebelas minit kemudian sekaligus menjadikan gol pertamanya musim ini.

Benteng pertahanan City sekali lagi longgar apabila Erik Lamela berjaya menggelecek dua pemain City sebelum melakukan percubaan tepat ke arah gol pada minit ke-79 yang menyaksikan The Lilywhites mengekalkan kedudukan 4-1 sehingga wisel akhir dibunyikan.

Senarai pemain:

Spurs: Lloris, Walker, Alderweireld, Vertonghen, Davies, Alli, Dier, Eriksen, Son, Lamela, Kane. (Simpanan): Carroll, Chadli, Clinton.

Man City: Caballero, Sagna , Demichelis, Otamendi, Kolarov, Fernando, Fernandinho, De Bruyne, Sterling, Toure, Aguero. (simpanan): Nasri, Navas, Roberts. 



Manchester City, Spurs

Artikel Lain