suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man united Sediakan Ahli Psikologi Rawat Luke Shaw

MANCHESTER United dilapor menawarkan khidmat ahli psikologi kepada Luke Shaw bagi memulihkan tekanan yang dihadapi pemain itu selepas kaki kananya patah dua dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven.

Pemain berusia 20 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan oleh dua pakar ortopedik dan pakar trauma selepas perlawanan di Belanda itu.

Difahamkan, pemain pertahanan bernilai £28 juta itu akan menjalani pembedahan kedua di Belanda pada Jumaat sebelum dibawa pulang ke Manchester hujung minggu ini.

Akibat kecederaan berkenaan, pemain England itu mungkin terpaksa melupakan baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan aksi Euro 2016.

"Pemulihan awal yang akan dihadapi oleh Shaw ialah dari segi mental dan bagaimana untuk dia melupakan mimpi ngeri itu.

"Ahli psikologi juga akan disediakan untuknya jika diperlukan - untuk membantu dia memulihkan tekanan mental sebelum kembali menyertai pasukan," dedah sumber di Old Trafford.

Manchester United, Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain