suria

Liverpool Pasukan Yang 'Hebat' - Van Gaal

LOUIS van Gaal menyifatkan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang 'hebat' kerana Manchetser United berjaya mengekalkan rekod menang 100 peratus terhadap kelab itu.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada awal pagi Ahad, anak didik Van Gaal berjaya membenam musuh tradisi mereka, Liverpool 3-1 - dengan pemain muda baharu, Anthony Martial menjaringkan gol pertama dalam perlawanan sulung.

Bintang muda Perancis itu dimasukkan sebagai pemain gantian sebelum berjaya menjaringkan gol ketiga United selepas Daley Blind dan Ander Herrera terlebih dahulu meletakkan kelab tersebut di depan.

Dengan keputusan itu, Van Gaal berjaya memastikan kemenangan 100 peratus United terhadap kelab berkenaan sejak dilantik jurulatih pada tahun lalu.

"Bagi saya Liverpool merupakan kelab yang 'hebat' kerana saya berjaya menang 100 peratus dalam semua perlawanan menentang mereka," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Van Gaal selain itu turut melahirkan kegembiraan apabila anak didiknya berjaya mendapatkan gol pertama tidak lama selepas babak kedua dimulakan.

Pada babak pertama kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun United lebih menguasai permainan.


Manchester United, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain