suria

Terbuka AS: Penneta Rangkul Juara, Umum Persaraan

FLAVIA Pennetta merangkul trofi juara grand slam buat julung kalinya dalam aksi perseorangan wanita selepas menang  7-6 6-2 ke atas Roberto Vinci pada aksi final Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebelum mengumumkan persaraannya awal pagi Sabtu.

Pennetta,33, menjadi pemain keempat paling berumur meraih grand slam pada kejohanan Terbuka Era (bermula 1968 yang membenarkan pemain profesional beraksi bersama pemain amatur) dan menyertai juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone yang satu-satunya bintang Itali wanita yang menjuara gelaran utama.

Selepas menewaskan rakan senegaranya itu, Pennetta dengan berpuas hati mengumumkan persaraannya di Stadium Arthur Ashe yang turut disaksikan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

"Inilah caranya saya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia tenis.

"Saya membuat keputusan sukar dalam hidup saya sebulan sebelum memulakan perlawanan ini. 

"Saya sangat gembira. Inilah yang diimpikan semua pemain untuk membawa pulang trofi paling bermakna.

"Dan ini juga adalah aksi terakhir saya di Terbuka AS dan saya tidak pasti akan berakhir sebaik ini," jelasnya yang menerima trofi dan cek juara bernilai $3.3 juta (RM14 juta).

Terbuka AS, Flavia Pennetta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain