suria

Perlawanan Malaysia-Arab Kecoh, Tunggu Keputusan FIFA

SHAH ALAM: Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi yang berlangsung di Stadium Shah Alam terpaksa dihentikan pada minit ke-88 disebabkan insiden membaling suar ke dalam padang.

Dipercayai suar dibaling dari sudut penyokong Ultras Malaya.

Keadaan di tengah padang.

Beberapa suar turut dilihat dihalakan ke arah penyokong Arab Saudi dan tempat duduk VIP.

Keputusan perlawanan sehingga sebelum perlawanan dihentikan ialah Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.

Skuad Harimau Malaya, bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-70, sebelum TaiseerAl-Jasaam menyamakan kedudukan, selang dua minit kemudian.

Pengadil Liu Kwok Man dari Hong Kong terpaksa menghentikan perlawanan berikutan tindakan liar penyokong yang bertindak membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang.

Keadaan yang membahayakan keselamatan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan itu, memaksa pegawai perlawanan mengarahkan mereka memasuki bilik persalinan masing-masing.

Dalam pada itu, jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan perlawanan berkenaan. 


Suar, Ultras Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Lain