suria

Terbuka AS: Serena Williams Tewaskan Kakaknya Venus Untuk Ke Separuh Akhir

Venus (kiri) mengucapkan tahniah kepada adiknya Serena selepas perlawanan suku akhir mereka di Terbuka Amerika Syarikat pada Rabu.

PEMAIN wanita nombor satu dunia, Serena Williams terus menghidupkan peluangnya untuk merangkul empat kejohanan Grand Slam dalam satu tahun apabila menumpaskan kakaknya sendiri Venus di peringkat suku akhir pada Rabu.

Serena menang 6-2, 1-6, 6-3.

Kemenangan itu membolehkan Serena mencatatkan rekod 16-11 ke atas Venus yang tiga tahun lebih tua daripadanya.

Perlawanan dua bersaudara itu telah menarik kedatangan beberapa selebriti tempatan termasuk jutawan dan calon jawatan presiden Amerika, Donald Trump, pengacara tv terkenal Oprah Winfrey, model Kendall Jenner dan Gigi Hadid serta hos realiti tv, Kim Kardashian.

Kini Serena akan bertemu pemain bukan pilihan dari Itali, Roberta Vinci pada separuh akhir.

Tahun ini Serena telah pun memenangi tiga kejuaraan Grand Slam iaitu Terbuka Australia, Perancis dan Wimbledon. 

Terbuka Amerika Syarikat adalah kejohanan terakhir dalam kalendar Grand Slam. 

Artikel Lain