suria

Novak Djokovic & Marin Cilic Mara Ke Separuh Akhir Tenis Terbuka AS

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke separuh akhirnya yang kesembilan berturut-turut dalam kejohanan tenis Terbuka Amerika di New York pada Rabu.

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic menumpaskan Feliciano Lopez pada peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Amerika Syarikat untuk mara ke separuh akhir.

Novak Djokovic menang 6-1 3-6 6-3 7-6 (2).

Pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu yang juga pilihan ke-18 kejohanan memberikan tentangan habis-habisan dengan rentak yang agresif tetapi gagal mengenepikan Djokovic yang merupakan juara Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini.

Djokovic mempunyai rekod cemerlang berhadapan dengan Lopez yang menyaksikan dia menang kelima-lima pertemuan mereka sebelum ini.

Kini Djokovic telah memenangi 61 perlawanan tahun ini dan cuma kalah 5 sahaja dengan memenangi enam kejuaraan akan berhadapan dengan penyandang juara Marin Cilic dari Croatia dalam separuh akhir yang akan berlangsung pada Khamis.

Cilic, pilihan kesembilan menang lima set ke atas pemain dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Bagi Djokovic, separuh akhir ini adalah yang kesembilan berturut-turut dalam Terbuka Amerika.

Dia juga telah pun menjuarai kejohanan Grand Slam sebanyak sembilan kali dalam kariernya.

Kejohanan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Perancis, Amerika Syarikat dan Wimbledon.

Artikel Lain