suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Tiada Masalah Wujud Antara De Gea Dengan Van Gaal" - Juan Mata

JUAN Mata mengakui tidak wujud masalah antara David de Gea dengan Louis van Gaal berikutan kegagalan penjaga gol Manchester United itu berhijrah ke Real Madrid.

Mata membuat pendedahan tersebut setelah bersembang dengan De Gea mengenai kegagalan pemindahan yang berpunca daripada pihak pentadbiran.

Walaupun Van Gaal pernah menyatakan untuk tidak menggunakan khidmat penjaga gol berusia 24 tahun itu sebelum ini, namun ia dikatakan tidak menjadi masalah.

Malah De Gea telah diminta untuk memberikan lebih perhatian pada latihan bagi menghadapi perlawanan penting menentang Liverpool pada hujung minggu ini.

"Saya banyak bersembang dengannya. Dia telah melalui hari sibuk dan tertekan, tetapi dia tetap tenang, tiada apa yang mengubahnya.

"Sejak dua tahun lalu David menjadi pemain terbaik bagi pasukan kami. Dia menepis dan mencipta banyak mata untuk kami.

"Saya tidak ragu-ragu bahawa tahun ini juga akan menjadi musim terbaik untuknya.

"Saya tidak rasa akan wujud masalah antara dia dengan jurulatih dan penyokong. Penyokong amat menyayanginya," jelas Mata.

Manchester United, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain