suria

Bobby Charlton Akui Kecewa Bukan Lagi Penjaring Terbanyak England

Wayne Rooney memecah rekod sebagai penjaring terbanyak England (kiri) dan Bobby Charlton yang sebelum ini memegang rekod itu yang bertahan selama 45 tahun.

BOBBY Charlton yang sebelum ini merupakan penjaring terbanyak England mengakui kecewa selepas tidak lagi memegang rekod yang dipegang beliau sejak 45 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau berbangga kerana kapten pasukan Manchster United dan England, Wayne Rooney yang memecah rekod berkenaan.

"Sudah tentu saya tidak boleh nafikan bahawa saya kecewa kerana sekarang saya tidak lagi memegang rekod itu namun saya amat gembira kerana Wayne dari pasukan kelab dan skuad kebangsaan yang saya sanjungi kini memegang rekod tersebut.

"Saya dan mewakili semua di Manchester United, saya mahu mengucapkan tahniah kepada Wayne... ia merupakan saat yang seharusnya amat dibanggakan buat anda dan keluarga.

"Ia merupakan satu rekod dan saya pasti anda akan memegangnya bagi tempoh yang lama, dan adalah jelas bahawa anda akan membuat jaringan untuk kelab dan negara bagi tempoh yang panjang akan datang," kata Charlton menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas penyerang Manchester United itu memecah rekod penjaring terbanyak England.

"Tahniah buat Rooney kerana menjadi penjaring terbanyak England. Saya sentiasa berbangga (pernah) memegang rekod ini.

"Bermain untuk negara saya sentiasa merupakan satu penghormatan dan keistimewaan, dan sesuatu yang saya lakukan dengan bangga," kata Charlton. 

Bobby Charlton, Wayne Rooney

Artikel Lain