suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Anderson Singkir Murray, Mara Ke Suku Akhir

Murray (kiri) bersalam dengan Anderson sebaik sahaja tamat aksi pusingan keempat Terbuka AS.

PEMAIN pilihan ketiga, Andy Murray disingkirkan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson 7-6(5) 6-3 6-7(2) 7-6(0) pada aksi pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi Selasa.

Anderson yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-15 berjaya melakar rekod tersendiri apabila mara ke saingan suku akhir aksi grand slam pertamanya selepas tewas tujuh kali dalam pertemuan sebelum ini.

"Ini adalah antara salah satu permainan terbaik saya. Untuk sampai ke tahap ini, pusingan ini dan mara ke suku akhir grand slam merupakan makna yang besar buat saya.

"Saya gembira kerana mara langkah demi langkah, malah berjaya menewaskan salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Sudah tentu juga ia merupakan memori berharga apabila dapat bersaing dengan Andy yang merupakan juara 2012 di sini," jelas Anderson.

Anderson bakal berdepan dengan pemain pilihan kelima yang juga juara Terbuka Perancis, Stan Wawrinka dari Switzerland yang menewaskan  pemain tuan rumah Donald Young, 6-4 1-6 6-3 6-4 .


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain