suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anthony Martial Dilabel Thierry Henry Kedua EPL

BEKAS pemain Manchester United, Louis Saha yakin Anthony Martial mampu menjadi Thierry Henry kedua di Liga Perdana Inggeris berdasarkan kebolehan yang ada pada pemain muda itu.

"Dia mempunyai kelajuan, tenaga dan usia mudanya akan membuatkan pertahanan lawan terkejut kerana mereka tidak mengenalinya.

"Dia merupakan aset terbaik United kerana pasukan itu menghadapi kekurangan kelajuan di barisan serangan.

"Di Perancis kami memanggilnya Thierry Henry kedua kerana dia mampu bermain di posisi kiri atau kanan, selain mempunyai kestabilan ketika bersama bola," jelas Saha.

Sebelum itu, pemain muda United berkenaan tampil untuk kali kedua bersama skuad utama Perancis pada Isnin selepas menghabiskan masa di bangku simpanan.

Berikutan kepercayaan yang diberi, bekas penyerang Monaco itu berhasrat mahu memulakan karier di United sebagai pemain utama ketika skuad berkenaan menentang Liverpool minggu ini.

Pemain berusia 19 tahun itu membuat penampilan pertama ketika Perancis menentang Portugal pada Jumaat, namun masih gagal menghadiahkan gol untuk pasukan negaranya setakat ini.

Dalam perlawanan menentang Serbia itu, Perancis berjaya menewaskan pasukan lawan 2-1.







Manchester United, Perancis

Artikel Lain