suria

Penyokong Manchester United Paling Ramai Di Malaysia

TWITTER mendedahkan sebanyak 20.80 peratus pengguna laman sosial itu di Malaysia terdiri daripada penyokong Manchester United.

Berikutan itu, laman sosial berkenaan menyifatkan bahawa United mempunyai rangkaian penyokong terkuat di negara ini.

Peratusan itu diperoleh menerusi retweet yang dilakukan penyokong kelab yang berada di kedudukan tiga teratas Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Chelsea yang merupakan pendahulu liga pula mempunyai pengikut sebanyak 20.36 peratus manakala Arsenal ialah 18.30 peratus.

Walaupun Liverpool dilapor tidak mempunyai pengikut aktif di negara ini, namun kelab itu mempunyai rangkaian pengikut tertinggi di Thailand.

Selain itu, Manchester United yang mempunyai pengikut paling ramai di Asia turut menjadi kelab pilihan bagi pengguna Twitter di Indonseia yang diikuti oleh Chelsea dan Arsenal.

Mengikut pendedahan Twitter, secara keseluruhan, Chelsea merupakan kelab yang mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial tersebut ketika ini.

Walaupun United menguasai Asia namun Chelsea menjadi pilihan di Amerika Selatan manakala Arsenal mempunyai rangkaian penyokong teramai di sebahagian besar Eropah. 


Twitter, Manchester United

Artikel Lain