suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Standard Chartered Sambung Taja Liverpool Sehingga 2019

Logo dan tulisan Standard Chartered terpampang pada jersi pasukan Liverpool.

LIVERPOOL melanjutkan perjanjian penaja bersama Standard Chartered untuk tempoh tiga tahun sehingga 2018-19, jelas kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bank tersebut mengikat kontrak dengan Liverpool sebagai penaja utama pada Julai 2010, dengan memaparkan logo di jersi pemain untuk tempoh lima musim.

Jumlah tajaan kontrak baharu itu tidak didedahkan, namun pihak media Britain percaya perjanjian terbaharu ini bernilai 20 juta pounds (RM108,523,998 juta).

"Penyambungan kontrak ini bakal menyaksikan kerjasama erat untuk tempoh jangka panjang bersama Standard Chartered," jelas Ketua Pegawai Komersial Billy Hogan di laman www.liverpoolfc.com.

"Logo tajaan di baju Liverpool merupakan sesuatu yang amat berprestij.

"Hanya ada lima jenama sahaja yang pernah menghiasi di baju Liverpool dalam tempoh 40 tahun semenjak kami mencipta peluang untuk tajaan".

Ketua Eksekutif Kumpulan Standard Chartered, Peter Sands berkata:"Liverpool merupakan sebuah kelab yang menakjubkan dan amat popular di peringkat global.

"Kami amat berbesar hati untuk terus bekerjasama dan bersedia mencapai kejayaan bersama di masa depan".

Liverpool, Standard Chartered

Artikel Lain