suria

Real Madrid Kembali Berminat Dapatkan Marco Reus?

Marco Reus. Foto EPA

REAL Madrid dikhabarkan kembali menunjukkan minat terhadap pemain Borussia Dortmund, Marco Reus walaupun kelab itu sudah pun mempunyai barisan pemain hebat pada masa ini.

Kedudukan Dormund dikatakan tidak konsisten dalam liga Bundesliga Jerman membuatkan Reus tidak duduk diam. Malah, selain Reus, beberapa pemain lain turut akan mengikut jejaknya untuk berpindah pada akhir musim 2014/2015.

Selain itu, jurulatih Juergen Klopp juga mengumumkan beliau akan berundur dari Dormund pada akhir musim. Kelab itu akan diambil alih oleh Thomas Tuchel pada musim depan.

Ini membuatkan Real Madrid berusaha untuk mencuba mengambil kesempatan daripada keadaan itu. 

Dortmund dikhabarkan akan memperuntukkan dana sejumlah 30 juta euro pada awal musim depan dengan penjualan Reus. 

Jika perpindahan ini berlaku, ia sudah tentu membuatkan Real Madrid perlu membuat keputusan yang agak berat dalam memilih barisan pemain untuk setiap permainan. 

Ini disebabkan kelab itu sudah pun memiliki pemain hebat seperti Luka Modric, Toni Kroos, James Rodriguez. Malah terdapat beberapa pemain Real Madrid pada masa ini sukar untuk mendapatkan posisi utama seperti Francisco 'Isco' Alarcon, Lucas Silva, Asier Illarramendi dan Sami Khedira.

Real Madrid, Marco Reus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain