suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Intai Jackson Martinez

Jackson Martinez. Foto REUTERS

MANCHESTER United dilaporkan mengintai penyerang Porto, Jackson Martinez pada minggu lalu bagi musim panas ini. 

Portal Daily Mail melaporkan pemain berusia 28 tahun mahu meninggalkan Portugal pada musim panas ini dan kelabnya akan menerima sebarang tawaran sekitar 30 juta pound.

Pemain skuad kebangsaan Colombia itu dikatakan sepatutnya hampir terikat dengan perjanjian bersama AC Milan pada Januari lalu tetapi kelab tersebut tidak sepakat mengenai nilai tawaran tersebut.

Martinez cemerlang ketika menentang Bayern Munich yang membantu kepada kemenangan Porto dengan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah Khamis lalu.

Ia merupakan gol ke-23 buat Martinez menerusi 31 perlawanan pada musim ini.

Manchester United sedang mencari dua penyerang pada musim panas ini. Penyerang Burnley, Danny Ings kekal sebagai pilihan, seperti yang dilaporkan Sportsmail pada bulan lalu.

Kelab The Red Devils itu juga mempertimbangkan Edinson Cavani dari Paris Saint-Germain (PSG). Cavani yang juga menjadi sasaran Juventus.

Bagaimanapun, PSG enggan menjual Cavani. - DAILY MAIL



Artikel Lain