suria

Kembar Marouane Fellaini Bikin Kecoh Di Hotel Penginapan Chelsea

Boleh anda bezakan? Pemain Manchester United, Marouane Fellaini (kanan) dan kembarnya, Mansour. Mansour hampir mencetuskan kekecohan dalam kem Chelsea apabila dia muncul di hadapan pintu hotel penginapan pemain-pemain Chelsea untuk mengutip tiket perlawanan daripada rakan senegaranya, Eden Hazard. Kakitangan hotel menyangkakan dia adalah Marouane Fellaini.

> Semua pemain termasuk Jose Mourinho hampir-hampir terpedaya dengan kehadirannya

> Bos Chelsea itu telah menyediakan strategi khas untuk menyekat kemaraan Fellaini

> Hanya untuk dimaklumkan oleh pekerja hotel yang Fellaini tidak akan bermain

> Sebaliknya dia dilihat bertemu dengan Eden Hazard untuk mengutip tiket perlawanan Chelsea-United

> Mereka tidak sedar yang itu bukanlah Fellaini tetapi saudara kembarnya

BOLEH dikatakan sebahagian besar pemain Chelsea termasuk pengurus pasukan, Jose Mourinho hampir-hampir terpedaya dengan kehadiran Marouane Fellaini di hotel penginapan mereka untuk mengutip tiket perlawanan Chelsea menentang Manchester United lewat Sabtu lalu di London.

Tetapi mereka tidak sedar yang datang itu bukanlah Marouane tetapi saudara kembarnya, Mansour.

Mansour datang untuk bertemu Eden Hazard bagi mengutip tiket perlawanan tersebut. Mereka adalah dari negara yang sama iaitu Belgium dan mengenali antara satu sama lain.

Mourinho yang tidak sedar akan kehadiran Mansour kemudiannya telah dimaklumkan oleh kakitangan hotel bahawa Fellaini tidak akan bermain menentang Chelsea kerana dia baru sahaja tadi datang mengutip tiket perlawanan daripada Hazard.

Mourinho hampir-hampir mengubah semula strategi perlawanan mereka kerana menyangkakan ia benar tetapi dia masih ragu-ragu.

Ini mendorong Mourinho untuk mencari maklumat mengenai ahli keluarga Fellaini melalui laman Google dan sangkaannya itu ternyata benar.

"Jadi saya tunjukkan foto saudara kembar Fellaini kepada pekerja hotel itu dan dia membalas semula dengan berkata ya benar, dia kelihatan sepertimana dalam gambar ini. Dan gambar itu adalah Mansour, saudara kembar pemain Manchester United itu," cerita Mourinho.

Dan Fellaini kemudiannya tersenarai dalam kesebelasan utama skuad United menentang Chelsea. Chelsea menang 1-0.


Artikel Lain