suria

Man Utd Buat Pertanyaan Rasmi Ke Atas Penyerang Sensasi Belanda, Memphis Depay

Louis van Gaal (kiri) dan Memphis Depay ketika temasya Piala Dunia di Brazil tahun lalu. Manchester United kini telah membuat pertanyaan rasmi mengenai penyerang muda sensasi itu untuk musim depan.

> Pengarah Teknikal PSV mengesahkannya

> Memphis Depay telah menjaringkan 20 gol dalam 26 perlawanan liga musim ini

> PSV menumpaskan Heerenveen untuk muncul juara Liga Belanda 2014/15

> Ia adalah kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh tujuh tahun

> Paris-Saint Germain juga mahukan pemain berusia 21 tahun itu

MANCHESTER UNITED telah membuat pertanyaan rasmi kepada juara Liga Belanda yang baru, PSV Eindhoven untuk mendapatkan khidmat penyerang muda berusia 21 tahun mereka, Memphis Depay musim depan.

Pengurus United, Louis van Gaal memang mengenali Depay secara dekat selepas membimbing pemain muda itu ketika temasya Piala Dunia di Brazil tahun lalu. Belanda menduduki tempat ketiga di belakang Argentina dan Jerman.

Van Gaal meminta United membuat pertanyaan rasmi setelah mendapat tahun juara Perancis, Paris-Saint Germain (PSG) dan juga Tottenham Hotspurs turut mengintai Depay.

Sebenarnya sebelum musim 2014/15 bermula Spurs sudahpun membuat tawaran sebanyak £15 juta kepada PSV untuk mendapatkan Depay tetapi tawaran mereka ditolak mentah-mentah.

"Itu musim lalu...Depay kini bernilai lebih dari itu," kata Pengarah Teknikal PSV, Marcel Brands.

Dan katanya, memang benar, Manchester United dan PSG bersama sebuah lagi kelab besar dari Eropah yang dia tidak boleh dedahkan lagi kelab mana telah membuat pertanyaan secara rasmi mengenai Depay.

Nilai Depay boleh meningkat dua kali ganda, pertama kerana kemampuannya menjaringkan 20 gol dalam 26 perlawanan liga musim ini dan kedua, kerana PSV telah pun bergelar juara liga yang baru.

Pada Sabtu, PSV Eindhoven telah membelasah Heerenveen 4-1 untuk merangkul kejuaraan Liga Belanda buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh musim dan yang ke-22 dalam sejarah kelab itu.

Dan Depay menjaringkan dua gol untuk memastikan kejuaraan milik mereka.

Artikel Lain