suria

F1: Guna Tayar Lama, Rosberg Salahkan Diri Sendiri

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg menyalahkan diri sendiri apabila gagal untuk melayakkan diri di bahagian hadapan grid bersama rakan sepasukannya, Lewis Hamilton pada aksi Formula Satu Grand Prix (GP) Bahrain pada Sabtu.

Pelumba Jerman itu menamatkan ujian kelayakan dengan catatan masa 0.558 saat di belakang Hamilton manakala pelumba Ferrari, Sebastian Vettel mengambil petak kedua.

Rosberg mengakui strategi tayar yang digunakan semasa ujian kelayakan itu adalah satu strategi yang salah.

Pelumba berusia 29 tahun itu mengambil mudah penggunaan tayar semasa pusingan di ujian kelayakan kedua untuk menjaga kondisi tayar tetapi bergelut untuk mendapat rentak pada ujian kelayakan ketiga.

"Dari segi strategi saya mengaku bersalah.

"Saya terlalu memikirkan mengenai perlumbaan dan memandang rendah kelajuan jentera Vettel," kata Rosberg.

Rosberg juga memberitahu, dia terkejut dengan keputusan untuk menggunakan set tayar lama semasa pusingan pertama ujian kelayakan ketiga serta kadar kelajuan yang dicapai.

"Saya tidak menjangka akan menggunakan tayar lama pada bahagian pertama ujian kelayakan ketiga.

"Saya fikir dua tayar lembut yang baru akan digunakan dan tidak menjangka tayar lama itu akan mengurangkan kelajuan,".

"Tayar yang digunakan tidak begitu baik dan saya mengambil mudah mengenai tayar yang digunakan semasa ujian kelayakan pertama," kata Rosberg.

Rosberg juga menjelaskan dia bertanggungjawab terhadap pengurusan yang lemah itu.

"Saya perlu memikul kesalahan terhadap pengurusan lemah yang dibuat," katanya lagi.

Hamilton yang turut menyimpan set tayar lembut tambahan untuk sesi perlumbaan, gembira kerana berjaya mendapat petak hadapan untuk kali pertama dalam tujuh percubaan.

"Saya berasa sangat gembira kerana sasaran adalah untuk cuba menguasai trek di sini.

"Pusingan yang dibuat juga agak baik tetapi masih boleh diperbaiki dan saya gembira kerana dapat memandu jentera yang baik ini," kata Hamilton.

F1 GP Bahrain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain