suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Di Maria Bertemu Pegawai Man United Bincang Masa Depan

ANGEL DI MARIA dilapor telah bertemu Louis van Gaal dan pegawai Manchester United itu untuk memaklumkan bahawa dia gembira di Old Trafford dan mahu kekal bersama kelab itu.

Dalam perbincangan itu juga, pemain bernilai £59.7 itu sedia untuk menyelesaikan masalah keluarga dengan menempatkan isteri dan anaknya di sebuah pangsapuri di tengah bandar Manchester.

Prestasi Di Maria mula merosot apabila keluarganya dikejutkan dengan cubaan merompak ketika mereka menyewa di sebuah rumah agam bernilai £4 juta di Cheshire village of Prestbury.

Kawasan itu juga terletak kediaman bintang United, Wayne Rooney dan beberapa lagi pemain kelab berkenaan.

Ketika kejadian, Di Maria dilapor sedang menikmati makan malam bersama isteri, Jorgelina dan anak mereka Mia yang kini berusia dua tahun.

Pemain Argentina itu bertindak menemui Van Gaal dan pegawai kelab selepas timbul spekulasi bahawa dia ingin meninggalkan England pada musim depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain