suria

F1: Hamilton Isi Petak Pertama GP Bahrain

JUARA Dunia Formula Satu(F1), Lewis Hamilton sekali lagi berjaya menduduki petak pertama pada sesi ujian kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain pada Sabtu.

Ini merupakan kali keempat pelumba Mercedes itu berjaya mendapat petak pertama pada musim ini.

Kedudukan pelumba Britain itu diikuti oleh pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan juga rakan sepasukannya, Nico Rosberg bagi tiga petak hadapan.

Hamilton berjaya mendapat petak hadapan untuk kali pertama di Bahrain selepas memenangi perlumbaan di sini daripada petak kedua musim lalu.

Ini juga merupakan kali ke-15 berturut-turut Hamilton berjaya mendapat petak pertama.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen akan memulakan perlumbaan di petak keempat.

Malang bagi pelumba McLaren, Jensen Button yang akan memulakan perlumbaan dari belakang grid apabila gagal untuk menetapkan masa.

Keputusan Ujian Kelayakan:

1. Hamilton (Mercedes); 2. Vettel (Ferrari); 3. Rosberg (Mercedes); 4. Raikkonen (Ferrari); 5. Bottas (Williams); 6. Massa (Williams); 7. Ricciardo (Red Bull); 8. Hulkenberg (Force India); 9. Sainz (Toro Rosso); 10. Grosjean (Lotus); 11. Perez (Force India); 12. Nasr (Sauber); 13. Ericsson (Sauber); 14. Alonso (McLaren); 15. Verstappen (Toro Rosso); 16. Maldonado (Lotus); 17. Kvyat (Red Bull); 18. Stevens (Marussia); 19. Mehri (Marussia).

GP Bahrain, F1

Artikel Lain