Wonderkid Martin Odegaard Kini Hilang Arah

Remaja luar biasa, Martin Odegaard yang menerima gaji lumayan sehingga £40,000 seminggu kini mendapati yang dia tidak diperlukan oleh rakan-rakan sepasukannya dalam skuad remaja Real Madrid.

> Dia kini digugurkan oleh jurulatih Real Madrid Castilla, Zinedine Zidane

> Bergelut dengan persaingan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan remaja Real

> Real Madrid membeli pemain remaja Norway itu pada harga £2.3 juta

> Dia baru berusia 16 tahun tapi menerima gaji £40,000 seminggu

> Ini menjadikannya pemain termuda dengan gaji paling tinggi di Eropah

> Dicemburui oleh rakan skuad remaja yang lain

PEMAIN remaja Real Madrid berusia 16 tahun, Martin Odegaard yang dibeli pada harga £2.3 juta kini telah digugurkan dari Pasukan B Real Madrid setelah bergelut dengan isu tidak dapat menyesuaikan diri dengan anggota pasukannya yang baru sejak menyertai mereka.

Yang menyedihkan ialah, sejak dia digugurkan, prestasi pasukan itu meningkat secara mendadak.

Odegaard mengejutkan seluruh dunia bolasepak Eropah apabila dia memilih Real Madrid daripada Liverpool dan  Manchester United pada awal tahun ini tetapi realiti membuktikan betapa sukarnya untuk seorang remaja menyesuaikan diri dengan suasana baru apatah lagi setelah mendapat perhatian media kerana menjadi pemain muda dengan gaji paling tinggi di dunia.

Real Madrid Castilla, iaitu Pasukan B diuruskan oleh bekas kapten Perancis, Zinedine Zidane.

Sebelum kedatangan Odegaard Januari lalu, mereka berada di atas liga tetapi sejak pemain dari Norway itu muncul, mereka tewas empat kali berturut-turut dan jatuh ke tangga ketujuh.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa rakan-rakan pasukannya tidak berpuashati yang Odegaard berpeluang berlatih bersama-sama skuad utama Real Madrid tiga kali seminggu dan kemudian diberi keutamaan untuk bermain berbanding mereka semua.

Mereka menggunakan peluang untuk menunjukkan yang mereka boleh menang tanpanya apabila Odegaard dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan Norway dalam perlawanan Kejohanan Negara-Negara Eropah menentang Croatia.

Mereka menang ketika ketiadaannya dan hujung minggu lalu mereka sekali lagi menang apabila Zidane meletakkan Odegaard di bangku simpanan.

Zidane kini perlu membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan rentak dengan skuad yang ada atau membawa masuk Odegaard semula tetapi berhadapan dengan risiko.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain