suria

Manuel Pellegrini Tidak Kisah Dipecat

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini menegaskan dia tidak bimbang kehilangan pekerjaannya selepas kelab itu diaibkan skuad bawahan Liga Perdana Inggeris.

Pellegrini membuat kenyataan tersebut selepas anak buahnya tewas 2-1 kepada Crystal Palace dan memadamkan peluang City untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan tersebut meletakkan City di tangga keempat, sembilan mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea.

"Saya tidak memikirkan mengenai pekerjaan saya dan tidak akan risau mengenai andaian bahawa saya akan dipecat.

"Saya tidak pernah takut mengenai perkara itu dan saya berasa gembira kerana dapat menjalankan tugas," kata Pellegrini.

Pada perlawanan itu, City mendominasi perlawanan dan membuat 22 percubaan di depan pintu gol berbanding lima percubaan dari Palace.

Pellegrini juga enggan mengulas mengenai peluang Chelsea dan pasukannya dalam memenangi kejuaraan liga.

"Kami tidak mahu bercakap mengenai Chelsea atau kejuaraan liga kerana kami hanya mahu memberi tumpuan untuk memenangi baki perlawanan dan itu sahaja tugas kami," kata Pellegrini.

"Ianya merupakan satu tamparan besar jika tewas dalam perlawanan seperti ini kerana ianya akan memberi kesan buruk pada akhir musim.

Walaubagaimanapun, Pellegrini berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukannya.

"Saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan dan mereka bermain dengan baik.

"Kami mendominasi perlawanan dari awal hingga akhir, dan mencipta banyak peluang tetapi tewas kerana mereka menjaringkan gol dari posisi "offside" dan juga sepakan percuma yang menarik.

"Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi kurang bernasib baik dan saya tidak mahu memberi alasan mengenai pengadil dan atau jaringan pertama Palace yang "offside" kerana itu bukanlah tanggungjawab saya," tambah Pellegrini lagi.

Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain