suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Sedia Jual Van Persie

LOUIS VAN GAAL dilapor sedia menerima bidaan daripada kelab yang berminat untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Robin Van Persie.

Jurualtih kelahiran Belanda itu dikatakan terpaksa menjual pemain berusia 31 tahun yang sedang mengalami kecederaan bagi mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani.

Usaha itu juga dilakukan kerana kontrak Van Persie hanya berbaki setahun lagi sebelum United terpaksa melepaskan bintang Belanda berkenaan secara percuma.

Van Persie menyertai United dari Arsenal menerusi yuran perpindahan sebanyak £24 juta pada 2012, sebelum berjaya membantu Sir Alex Ferguson memenangi Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun prestasi Van Persie mula merosot apabila mengalami kecederaan buku lali ketika saingan Piala Dunia tahun lalu.

Malah pada musim lalu juga, penyerang terbabit hanya mampu menjaringkan 18 gol untuk meletakkan United yang dibimbing David Moyes di kedudukan ketujuh liga. 

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Naik Gaji Atau Hilang Pemain

Artikel Lain