suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabtu Ini Detik Penting Buat Saya - Chong Wei

Chong Wei melambaikan tangan kepada jurugambar sebelum berlepas ke London di KLIA pada Selasa. - fotoBERNAMA
SEPANG: Penentuan karier jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka terjawab Sabtu ini.

Beliau bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexamethasone'.

Beliau berlepas ke London untuk bertemu peguamnya Mike Morgan sebelum ke Amsterdam, pagi Selasa.

Turut serta Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh serta Anggota Majlis BAM Jadadish Chandra.

Isterinya Datin Wong Mew Choo serta anak mereka Kingston Lee turut berada  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemergiannya.

Memberitahu pemberita sebelum berlepas, Chong Wei optimis panel tersebut akan melihat secara holistik kes berkenaan.

"Ini adalah detik penting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin.

"Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan kemaskini  keputusan tersebut dalam Facebook nanti," katanya.

Ketiadaan beliau pada Terbuka Malaysia minggu lepas ternyata membawa kesuraman kepada kejohanan berprestij itu.

Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setelah gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos tahun lalu.
Lee Chong Wei, doping

Artikel Lain