Prestasi Harimau Malaya Merosot Kerana Masa - Dollah

PETALING JAYA: Kesuntukan masa bagi pemain bola sepak negara menjalani latihan di peringkat pusat didakwa antara punca kekalahan memalukan skuad Harimau Malaya baru-baru ini.

Dalam perlawanan persahabatan terbaru, skuad negara dibelasah Oman 6-0, dan kekalahan memalukan itu membuka mulut pengkritik untuk mempersoalkan kredibiliti barisan jurulatih.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh yang dihujani kritikkan memberi alasan, barisan kejurulatihan tidak diberi banyak masa untuk mencorakkan permainan bersama pemain.

"Itulah masalahnya, saya hanya berpeluang bersama pemain-pemain selama dua hingga tiga hari sahaja dan terus pergi menentang pasukan lawan. Jadi sukar untuk saya membuat persiapan yang rapi dalam masa singkat kerana ianya bukan kerja mudah.

"Kalau dilihat sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki, pasukan negara mencatatkan keputusan hambar dalam perlawanan persahabatan kerana masa latihan yang diberikan amat terhad."

"Pada kejohanan itu pula kita mencapai keputusan memberangsangkan kerana saya diberi masa dua hingga tiga minggu bersama pemain-pemain dan banyak perubahan dapat saya lakukan," katanya.

Dollah berkata demikian selepas majlis pengumuman perlawanan Piala AIA antara Malaysia XI menentang Tottenham Hotspurs yang bakal berlangsung di Stadium Shah ALam pada 27 Mei ini.

Berikutan perlawanan penting sempena kunjungan Tottenham pula, Dollah meminta Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberikan masa yang panjang untuk skuad negara bersedia.

"Saya telah berbincang dengan Datuk Hamidin untuk diberikan  masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk membuat persiapan terhadap pasukan negara supaya dapat memberikan persembahan terbaik menentang nanti," jelasnya.

Dollah turut menjanjikan untuk membariskan pemain terbaik bagi menghadapi pasukan Tottenham dalam perlawanan persahabatan nanti.

"Saya belum buat pemilihan lagi setakat ini, tetapi saya akan memanggil beberapa pemain yang beraksi pada Piala AFF Suzuki serta beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Junior Eldstal, Azamuddin Akil, dan Khairul Fahmi Che Mat.

"Saya juga akan meninjau beberapa perlawanan Liga Super untuk memilih pemain lagi," tambahnya lagi.

Harimau Malaya

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain