suria

Gary Kini Bebas Beraksi, Denda PBNJ Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat bebas kini bebas untuk beraksi dengan mana-mana pasukan selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebulat suara menerima rayuan daripada pemain itu.


Menurut kenyataan FAM pada Khamis, penggantungan terhadap Gary  yang dijadualkan tamat pada 16 April 2015 telah disingkatkan ke 2 April 2015 yang berkuatkuasa serta merta. 

“Denda  berjumlah RM50,000.00 yang dikenakan terhadap Gary juga dikurangkan kepada RM20,000.00 sahaja.

“Gary kini dibenarkan menyertai latihan bersama mana-mana pasukan berkuatkuasa serta merta,” jelas kenyataan tersebut selepas keputusan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kali kedua Bagi Penggal 2014-2018 yang berlangsung pada Khamis.

Gary dijatuhkan hukuman gantung selama tiga bulan  daripada beraksi dalam sebarang kejohanan bermula 16 Januari lalu dan didenda RM50,000  berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan serta merta  selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ).

Sementara itu Gary berkata, dia gembira dengan keputusan yang diputuskan itu.

"Ya, saya sangat gembira kerana dapat beraksi dengan lebih cepat bersama pasukan. Mungkin memerlukan sedikit masa untuk lebih menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.

Selain itu, Jawatankuasa Rayuan juga turut menerima rayuan PBNJ terhadap denda yang dikenakan pada 16 Januari 2015 kerana didapati bersalah atas tindakan medorong secara aktif ke arah pelanggaran Peraturan dan Undang-Undang.

“Jawatankuasa Rayuan secara sebulat suara telah memutuskan bahawa denda berjumlah RM100,000.00 yang dikenakan terhadap PBNJ telah dikurangkan kepada RM50,000.00 sahaja”.

Gary Steven Robbat, PBNJ, FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain