Wang Bukan Isu Dalam Kontrak Baru - Raheem Sterling - Sukan | mStar

Wang Bukan Isu Dalam Kontrak Baru - Raheem Sterling

ENGLAND: Penyerang Liverpool, Raheem Sterling akan menunggu sehingga akhir musim ini untuk membuat perbincangan mengenai kontrak barunya bersama kelab tersebut dan menegaskan jumlah gaji atau wang tidak pernah menjadi isu.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata, penyerang berusia 20 tahun yang merupakan bintang muda England dan telah ditawarkan kontrak yang lumayan oleh kelab.

Sterling menerangkan dia tidak mempunyai masalah untuk menandatangani kontrak baru yang nilai lebih rendah jika kontrak tersebut ditawarkan pada musim lepas iaitu selepas Liverpool menduduki tempat kedua dalam liga.

Pemain kebangsaan England itu juga menerangkan ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan kontrak baru.

"Saya mahu mengambil masa untuk menilai apa yang telah dicapai sepanjang kerier saya setakat ini dan ke mana saya perlu pergi untuk meningkatkan lagi prestasi permainan saya," jelasnya.

Liverpool berada di tangga kelima,  lima mata di belakang tempat terakhir untuk kelayakan Liga Juara Juara

Raheem Sterling , Liverpool

Artikel Sebelum

Badminton: Anak Petani Pesaing Lin Dan

Artikel Berikut

Inter Milan Sedia Pecah Rekod Kelab

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga