suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inter Milan Sedia Pecah Rekod Kelab

INTER MILAN dilaporkan sedia memecah rekod pembelian pemain kelab itu untuk mendapatkan bintang tengah Manchester City, Yaya Toure yang bernilai £43.5 juta.

Yaya merupakan pemain yang menjaringkan gol untuk memastikan City menjuarai Piala FA pada 2011 selepas 50 tahun kelab berkenaan gagal memenangi sebarang piala.

Bagaimanapun pemain terbabit kini menjadi buruan bekas jurulatihnya di City iaitu, Roberto Mancini untuk beraksi di Serie A.

Kelab gergasi Itali itu juga dilaporkan telah menyediakan perbelanjaan secukupnya untuk mendapatkan Yaya.

Mancini yang ditemui media, bagaimanapun menafikan bahawa dia akan membawa pemain berusia 31 tahun itu menyertai Inter Milan pada musim depan.

Inter Milan

Artikel Lain