suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Hampir Miliki Nigel De Jong

MANCHESTER UNITED dilapor semakin hampir untuk memiliki pemain tengah pertahanan berpengalaman iaitu Nigel De Jong yang kini mewakili AC Milan.

Menurut laporan akhbar Itali, De Jong merupakan pemain pilihan Louis van Gaal untuk digandingkan dengan barisan pemain muda United.

Kontrak De Jong dengan AC Milan  bakal tamat pada akhir musim ini dan dia bakal tampil sebagai pemain bebas yang tidak perlu dibeli.

Berikutan penjimatan berkenaan, United dilapor telah menawarkan gaji sebanyak £80,000 seminggu kepada De Jong bagi memastikan dia tiba di Old Trafford.

De Jong merupakan pemain tengah pertahanan yang baik namun persoalan mula timbul apabila United kini mempunyai tiga pemain di posisi tersebut iaitu, Michael Carrick, Ander Herrera dan Marouane Fellaini.

Manchester United

Artikel Lain