suria

Serena, Venus Mara Ke Suku Akhir Terbuka Miami

Serena dan Venus akan berentap di suku akhir Terbuka Miami.
PASANGAN adik-beradik Serena dan Venus Williams mara ke pusingan suku akhir kejohanan Terbuka Miami selepas mencatatkan kemenangan straight set di Key Biscayne, awal pagi Selasa.

Pemain No.1 dunia, Serena terlebih dahulu menundukkan Svetlana Kuznetsova dari Rusia 6-2, 6-3.

Kuzentsova yang juga pemain pilihan ke-24 kejohanan pernah menewaskan Serena dua kali dalam sembilan pertemuan mereka sebelum ini.

"Saya tahu Kuznetsova akan memberikan saingan sengit dan pertemuan dengannya sentiasa mencabar.

"Saya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pertemuan ini kerana dia bermain dengan bagus," kata Serena.

Serena kini berhasrat menambah trofi ketujuhnya di Miami selepas kali terakhir memenangi kejohanan itu berturut-turut pada 2013 dan 2014.

Sementara itu, Venus turut mengiringi adiknya, Serena untuk berentap di suku akhir selepas mengatasi bekas pemain No.1 dunia, Caroline Wozniacki 6-3 7-6(1).

Ia merupakan kemenangan ketujuh dalam kelompok lapan terbaik sekali gus memberi gambaran bahawa beliau sudah kembali pulih daripada masalah kesihatan.

Venus akan bertemu Carla Suarez Navarro yang berjaya menewaskan Agnieszka Radwanska 5-7, 6-0, 6-4 di suku akhir.
Serena, Venus, Terbuka Miami

Artikel Berikut

Artikel Lain