suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Pulangkan Pelaburan Man United Untuk Dapatkan Di Maria

KELAB terkaya Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sedia memulangkan semula wang yang dilaburkan Manchester United terhadap Angel Di Maria jika pasukan itu melepaskan pemain terbabit.

Di Maria, 27, menghadapi kesulitan untuk memahami corak Liga Perdana Inggeris selepas menyertai United dengan yuran perpindahan sebanyak £59.7 juta dari Real Madrid pada tahun lalu.

Berikutan itu, PSG yang meminati pemain terbabit sejak sekian lama, kini telah sedia untuk membawa keluar Di Maria dari Old Trafford walaupun perlu mengeluarkan belanja besar.

Kelab dari Ligue 1 itu yakin mampu mendapatkan pemain Argentina berkenaan selepas dia tidak gembira dengan kejadian cubaan rompakan dan persefahaman di kalangan pemain.

United sebelum ini terpaksa menurunkan Di Maria walaupun pemain terbabit gagal menyerlah kerana telah melakukan perbelanjaan besar.

Malah kelab gergasi England itu juga enggan melepaskan pemain itu ke pasukan lain kerana khuatir akan mengalami kerugian.

Bagaimanapun, ejen pemain yang berada di Perancis memaklumkan PSG sedia memulangkan jumlah yang dilaburkan United jika kelab itu sedia melepaskan Di Maria.

PSG, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain