suria

Zlatan Ibrahimovic 'Dilahirkan' Untuk Man United - Schmeichel

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menggesa bekas kelabnya itu mendapatkan penyerang unik dunia, Zlatan Ibrahimovic untuk mengharungi musim depan.

Schmeichel berkata, usaha itu penting kerana Ibrahimovic 'dilahirkan' untuk menjadi penyerang United.

Sepanjang kariernya penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah memenangi 11 kejuaraan liga ketika mewakili tujuh kelab di negara yang berlainan.

Bagaimanapun pemain kelahiran Sweden itu belum diberi peluang mewakili kelab England walaupun pernah dikaitkan untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris beberapa tahun lalu.

Schmeichel memberi cadangan itu apabila Ibrahimovic dilapor akan meninggalkan Paris selepas dia mengkritik mutu pengadilan Ligue 1.

Malah bekas bintang United itu juga yakin Red Devils mampu berusaha untuk membawa penyerang unik berkenaan ke Old Trafford untuk musim depan.


 
Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain