suria

Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale

GARETH BALE dilapor telah memberitahu rakan sepasukan negaranya, Wales bahawa dia ingin kekal di Real Madrid untuk semusim lagi walaupun Chelsea telah bersedia untuk mendapatkan pemain sayap itu pada musim panas ini.

Hasrat Chelsea juga bakal menjadi mudah apabila Real Madrid kini telah sedia untuk melepaskan Bale menerusi penebusan kontrak bernilai £75 juta sebagai usaha mengekalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad berkenaan.

Selain itu, Manchester United juga dilapor mahu membawa pulang Ronaldo tetapi skuad gergasi England berkenaan dikatakan lebih mengutamakan usaha bagi mendapatkan Mats Hummels, Paul Pogba dan Dani Alves untuk musim depan.

 

Chelsea yang sedang bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Bale dikatakan akan mendapat jalan mudah kerana skuad Manuel Pellegrini berdepan dengan undang-undang kewangan Fifa (FFP) untuk membeli bintang terbabit.

Sementara itu, Real Madrid pula dilapor akan memenangi saingan mendapatkan Marco Reus dari Borussia Dortmund kerana Arsenal tidak mempunyai kelebihan seperti kelab Sepanyol itu.

Chelsea, Gareth Bale

Artikel Lain