suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini?

BEKAS penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengesahkan bahawa Rafael Benitez bakal kembali membimbing pasukan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan seperti yang didedahkan Daily Star.

Bekas jurulatih Liverpool itu yang bertanggungjawab membawa Reina ke Merseyside dikatakan mempunyai hubungan baik dengan penjaga gol terbabit walaupun mereka kini berada di kelab berlainan.

Benitez sebelum ini dilapor bakal menggantikan Manuel Pellegrini sebagai jurulatih Manchester City atas pilihan pemilik kelab berkenaan yang merupakan jutawan Arab.

Khabar angin mengenai kepulangan Benitez kini menjadi tajuk utama akhbar sukan di England apabila dia tidak menyambung kontrak bersama Napoli yang bakal tamat pada akhir musim ini.

Reina juga memberitahu, Benitez dijangka akan memindahkan keluarganya ke England dalam tempoh terdekat sebelum dia menandatangani kontrak bersama kelab baharu.

Liverpool, Manchester City

Artikel Lain