suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1 Malaysia: Marussia Gagal Selesai Masalah, Stevens Tidak Beraksi

SEPANG: Pasukan  Marussia mengesahkan pelumbanya Will Stevens tidak dapat beraksi  dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia Petronas pada Ahad.

Stevens terpaksa menarik diri gara-gara pasukannya gagal mencari penyelesaian terhadap masalah sistem bahan bakar yang berlaku ketika menjalani latihan bebas ketiga sekaligus turut menyebabkan dia terkeluar daripada saingan kelayakan pada Sabtu. 

“Dengan perasaan kecewa, Will tidak dapat bersaing pada perlumbaan di sini berikutan masalah yang timbul sejak semalam (Sabtu),” jelas jurucakap pasukan di laman Twitter sebelum perlumbaan bermula.

Ketiadaan Stevens pada saingan akhir di Litar Sepang ini menyaksikan hanya 19 buah jentera sahaja yang berlumba.

Manakala rakan sepasukannya Roberto Merhi akan memulakan perlumbaan di petak terakhir.

Marussia, Will Stevens, F1 Malaysia

Artikel Lain