Pahang Hambar Di Laman Sendiri, Hanya Seri Dengan Global FC - Sukan | mStar

Pahang Hambar Di Laman Sendiri, Hanya Seri Dengan Global FC

KUANTAN: Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Global FC pada perlawanan kedua kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Drul Makmur, di sini malam Rabu.

Pahang menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama tetapi gagal memecah kebuntuan jaringan walaupun berjaya menghasilkan beberapa percubaan bahaya ke gawang pasukan dari Filipina itu.

Gawang lawan itu terus diuji oleh pemain tuan rumah namun tandukan penyudah Zeeshan Rehman pada minit ke-53, hasil sepakan percuma Azidan Sarudin, hanya melepasi palang gol.

Skuad Tok Gajah terus mencuri tumpuan menerusi gerakan solo
Fauzi Roslan pada minit ke-69 yang berjaya menembusi pertahanan lawan namun sepakan penyudah berjaya dihalang oleh penjaga gol Florencio Jr Gamba Badelic.

Serangan bertali arus Pahang pada minit ke-77 untuk mencipta gol masih menemui jalan buntu apabila hantaran Dickson Nwakaeme di hadapan gawang pelawat gagal disempurkan oleh R. Gopinathan.

Sebelum tiupan wisel penamat, perlawanan dicemari dengan kekasaran apabila pemain Global FC, Amani Manuel Santos Aguinaldo dilayangkan kad merah selepas mengasari permain import Pahang, Nwakaeme pada masa tambahan.

Pada perlawanan pertama, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas manakala Global FC kalah 6-1 kepada pasukan Hong Kong, South China FC.

Pahang, bimbingan Zainal Abidin Hassan, akan meneruskan kempen Piala AFC dengan menentang South China FC di Hong Kong pada 15 April ini.
Global FC , Piala AFC

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor