suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara: Real Madrid Terselamat Ke Suku Akhir Walaupun Ditewaskan Schalke

Klaas-Jan Huntelaar (kiri) bersaing dengan Alvaro Arbeloa pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan 16 antara Real Madrid dan Schalke di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. Foto AFP

JUARA bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid terselamat mara ke suku akhir dengan agregat 5-4 walaupun tewas buat pertama kali sebagai tuan rumah dalam kejohanan itu sejak April 2011.

Real Madrid ditundukkan oleh Schalke dalam perlawanan pusingan 16 liga dengan 3-4.

Permainan sejak minit pertama menyaksikan Real Madrid dan Schalke sama-sama agresif dalam melancarkan serangan.

Bagaimanapun, Schalke membuat kejutan dengan memulakan gol pembukaan pada minit ke-20 hasil tendangan Christian Fuchs.

Real Madrid berjaya menyamai kedudukan 1-1 selepas lima minit apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol hasil umpan daripada Toni Kroos.

Schalke kembali mengungguli perlawanan dengan 2-1 pada minit ke-41. Kali ini, giliran Klaas-Jan Huntelaar yang membolosi gawang yang dikawal Iker Casillas dengan melepaskan tendangan padu dari jarak dekat.

Namun sebelum separuh masa pertama berakhir, Real Madrid kembali memperoleh jaringan menjadikan skor berimbang 2-2 menerusi gol kedua Ronaldo.

Pada babak kedua, pasukan di bawah pimpinan Carlo Ancelotti menjadikan keadaan kepada 3-2 selepas Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-52.

Bagaimanapun lima minit kemudian pasukan lawan kembali menyamakan skor kepada 3-3 selepas Leroy Sane melepaskan tendanganya tanpa sempat ditepis Casillas.

Schalke memperlihatkan perjuangan hebat dengan strategi serangan pemain. Hasilnya, pada minit ke-84 pasukan itu kembali membolosi gawang Real Madrid dengan sepakan Huntelaar pada minit ke-85. 

Schalke memenangi perlawanan ke atas pasukan tuan rumah dengan 4-3. 

Namun, keunggulan agregat 4-4 membuatkan Real Madrid tetap berpeluang memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Real Madrid, Schalke

Artikel Lain