suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BWF Tetap 11 April Dengar Kes Chong Wei

Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan 11 April depan untuk menentukan nasib jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei ketika ini digantung sementara kerana gagal ujian dadah semasa Kejohanan Dunia di Copenghagen selepas sampel urinya didapati mengandungi bahan terlarang.

Tiga anggota panel akan memutuskan hukuman itu yang boleh menetapkan penganggutan dari tiga bulan sehingga dua tahun.

Chong Wei juga boleh membersihkan namanya sekiranya beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria berkata, Chong Wei akan menghadapi perbicaraan tersebut dengan persediaan yang terbaik.

"Terdapat penangguhan kerana kita mahu meliputi semua aspek bagi memastikan Chong Wei mendapat bantuan dan sokongan terbaik.

"Tarikh itu ditetapkan pada 11 April. Kita mengharapkan keputusan yang terbaik," kata Norza.

Chonbg Wei akan diwakili oleh peguam yang berpangkalan di London, Mike Morgan.


Artikel Lain