suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Yakin Kalahkan Chelsea - Lucas Moura

PEMAIN sayap Paris Saint-Germain (PSG), Lucas Moura memberi amaran kepada Chelsea bahawa pasukan itu bukan seperti yang pernah mereka kalahkan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada tahun lalu.

Sebaliknya, PSG kini sedia untuk berjuang sebaik mungkin bagi memastikan kejayaan melangkah ke suku akhir dicapai.

Dalam perlawanan pertama saingan kalah mati sebelum ini di Paris, Chelsea dan PSG terikat 1-1.

Pada tahun lalu, PSG yang berjaya menewaskan Chelsea 3-1 di gelanggang sendiri, tumpas 0-2 di Stamford Bridge dan memberi laluan kepada lawan untuk layak.

"Kekalahan (kepada Chelsea) tahun lalu merupakan kekecewaan besar bagi kami. Tiada siapa sangka akan keputusan itu.

"Selepas melalui banyak perlawanan, kami telah menjadi seperti sebuah keluarga, itu yang penting.

"Sekarang kami mempunyai sebuah pasukan dengan pemain terbaik dan mampu melakukan kelainan di setiap posisi. Kami perlu berjuang untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik," kata pemain bernilai £33 juta itu.

PSG, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain