suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Keluarga Jual Rumah Rawat Michael Schumacher

KELUARGA lagenda F1, Michael Schumacher telah menjual sebuah rumah percutian mereka di kawasan pergunungan Norway untuk merawat pelumba tersebut yang cedera dalam kemalangan ski ais sejak setahun lalu.

Rumah bernilai £2 juta di Trysil, utara Oslo itu terpaksa dijual bagi mendapatkan dana untuk membina sebuah bilik rawatan bernilai £10 juta.

Rumah yang dibina di dengan keluasan 6,940 kaki persegi itu dibeli oleh Schumacher sekitar 1990-an untuk dijadikan tempat rehat keluarganya.

Bagaimanapun kediaman yang lengkap dengan spa, kabin berhampiran curam bermain ski, ruang meletak tujuh biji kereta itu kini telah dijual kepada jutawan Norway.

Akhbar tempatan Norway mendedahkan, pada mulanya rumah itu agak sukar dijual kerana keadaan dari luar yang tidak begitu menarik perhatian.

Bagaimanapun setelah pembeli melihat keseluruhan sudut termasuk di dalamnya, mereka teruja untuk menjadi pemilik seterusnya.

Keluarga Schumacher juga dilapor cuba menyembunyikan penjualan rumah tersebut daripada pengetahuan media, tetapi ia diketahui umum apabila bertukar pemilik. 

Michael Schumacher, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain