suria

Chelsea Dapat Tajaan Mega Ganti Samsung

Wakil Yokohama, Nagumo bersalaman dengan pengendali Chelsea, Jose Mourinho selepas menandatangani perjanjian tajaan.

CHELSEA mengumumkan syarikat pengeluar tayar Yokohama akan menggantikan jenama tajaan di depan jersi skuad itu bermula musim depan.

Tajaan bernilai £40 juta selama lima tahun itu merupakan yang kedua tertinggi di kalangan kelab Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United.

Yokohama akan menggantikan jenama Samsung di depan jersi Chelsea selepas tajaan daripada pengeluar barangan elektronik itu berakhir musim ini.

Tajaan daripada Yokohama juga dilaporkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding Samsung.

Kelab milik Roman Abramovich itu sebelum ini telah mendapat tawaran bernilai £25 juta daripada Tukish Airline, tetapi mereka mengejar tajaan lebih tinggi bagi memintas Arsenal dan Manchester City.

Tajaan itu juga merupakan kemenangan pertama bagi Ketua Komersial Chelsea, Christian Purslow yang dibawa dari Liverpool pada Oktober lalu bagi merombak semula bahagian komersial kelab tersebut.

Ketika mula diberi tugasan itu di Chelsea, Purslow bertindak membawa masuk agensi HTH, sebuah syarikat yang diasaskan oleh dua bekas eksekutif Manchester United - bertanggungjawab mencari penaja besar.

Yokohama yang merupakan pengeluar tayar terkenal di Asia turut menaja pasukan NBA, Boston Celtic dan San Antonio Spurs.

Chelsea, Yokohama, Samsung

Artikel Sebelum

Gervinho Dibaling Pisang Gergasi

Artikel Berikut

Artikel Lain