suria

Van Gaal Tolak Tawaran Bawa Ronaldo Ke Old Trafford

Cristiano Ronaldo

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan menolak tawaran untuk membawa balik Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes mendedahkan di stesen TV dalam rancangan El Chiringuito bahawa dia telah bertemu dengan wakil dari United, Martin Ferguson awal tahun ini.

Bagaimana pun tawaran itu ditolak oleh Van Gaal selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ronaldo yang menjulang trofi Ballon d'Or tahun ini sering dikaitkan dengan laporan akan kembali ke Manchester United selepas berhijrah ke Real Madrid pada tahun 2009 dengan nilai 80 juta pound (RM450 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Lain