suria

PDRM Masih Pasukan 'Underdog' - Azman Adnan

Azman Adnan

KOTA BARU: Jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), Azman Adnan berkata, beliau berbangga pemain pasukan itu mencipta kemenangan besar di tempat lawan hasil sikap tidak berputus asa dan semangat juang tinggi.

Sambil menegaskan PDRM masih lagi pasukan 'underdog' dalam Liga Super musim ini, Azman berkata tumpuan kini diberi kepada perlawanan menentang Selangor pada 7 Mac.

Beliau memberi komen itu susulan kejayaan PDRM membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu.

"Kami sedar kami pasukan dari Liga Perdana yang bertemu dengan semua pasukan Liga Super. Dua perlawanan sebelum ini pun kami dah bertemu pasukan bintang yang mempunyai pemain kebangsaan. Jika dibandingkan dengan pemain saya apalah sangat.

"Terus-terang saya cakap pasukan saya 'low profile', 'underdog'... kami tak perlu cakap apa-apa pun, biarlah hari perlawanan yang menentukan segalanya," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan George Boateng berkata empat pemain pertahanan tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan itu dan barisan pemain akan dirombak bagi menentang Perak bulan depan.

Beliau berkata, empat pemain pertahanan telah bekerja keras menjaga gawang dalam perlawanan menentang ATM dan LionsXII sebelum ini.


PDRM, Azman Adnan

Artikel Lain