suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zainal Abidin Harap Pahang Antara Pasukan Terbaik Liga Malaysia

Zainal Abidin Hassan

KUCHING: Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan tetap menaruh harapan tinggi terhadap pasukannya untuk muncul antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata, meskipun belum mencatat sebarang kemenangan selepas melalui tiga perlawanan Liga Super, beliau bangga menyaksikan pasukannya menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

"Walaupun gagal memenangi perlawanan menentang Sarawak, tetapi pemain menunjukkan disiplin yang tinggi sekali dan corak permainan pasukan Pahang telah kembali ke rentak asal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan seri tanpa jaringan menentang Sarawak di Stadium Negeri di sini, Sabtu malam.

Berstatus juara bertahan Piala Malaysia, Pahang masih gagal meraih sebarang kemenangan apabila sekadar mencatat dua keputusan seri dan kalah sekali selain berada di kedudukan ke-10 Liga Super.

Zainal Abidin berkata, kedua-dua pasukan pada Sabtu malam  mempamerkan permainan yang baik dan mempunyai peluang sama rata untuk menjaringkan gol.


Artikel Berikut

Artikel Lain