suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA Inggeris: Liverpool, Reading Tempah Tiket Suku Akhir

Aksi Adam Lallana selepas menyumbat gol yang membawa kepada kemenangan Liverpool dalam perlawanan Piala FA Inggeris menentang Crystal Palace, awal pagi Ahad. Liverpool menang 2-1, sekali gus menempah tiket suku akhir. -foto AFP
ADAM Lallana menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Liverpool bangkit setelah ketinggalan di Crystal Palace, sekali gus menempah tiket ke suku akhir Piala FA.

Liverpool yang mara dengan mata 2-1 dalam perlawanan pusingan kelima di tempat lawan, awal pagi Ahad, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama apabila Fraizer Campbell menyumbat gol pertama untuk tuan rumah pada minit ke-15.

Pada babak kedua, Daniel Sturridge berjaya mengikat kedudukan 1 - 1 menerusi jaringannya pada minit ke-50 dan Adam Lallana mengesahkan tiket suku akhir buat pasukannya apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58.

Ia adalah hasil daripada Mario Balotelli datang dari bangku simpanan dan menunjukkan kesan hampir serta-merta, apabila dia mengambil sepakan percuma yang membawa kepada gol kemenangan oleh Lallana yang disumbat masuk dari jarak dekat.

Turut mara bersama Liverpool ialah Reading selepas menewaskan Drby County 2-1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perak Ungguli Carta Liga Super

Artikel Lain