suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketepikan Soal Ganjaran Demi Sepak Takraw

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pemain sepak takraw mengetepikan sikap mementingkan ganjaran bagi memastikan sukan itu dapat berkembang dengan lebih baik.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata mereka perlu menjadikan sepak takraw sebahagian daripada 'sistem' kehidupan kerana minat dan perasaan cintakan sukan berkenaan akan membolehkannya terus maju.

"Saya juga pernah bermain sepak takraw, saya melibatkan diri dalam sukan ini tanpa pengaruh lain. Apa yang saya maksudkan ialah bagaimana dulu kita bermain kerana minat dengan sukan ini tanpa (mempertimbangkan) ganjaran dan sebagainya.

"Jadi saya minta semua pemain dapat memikirkan bagaimana sepak takraw boleh menjadi satu sukan yang boleh (mereka) cintai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Sepak Takraw Negara anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan kerjasama MSN di sini, Sabtu.

Bengkel dua hari itu berakhir esok.

Mengenai bengkel itu, Ahmad Shapawi berkata pihaknya akan menyediakan  pelan tindakan ke arah membangunkan sukan itu melibatkan empat aspek utama iaitu atlet, kejurulatihan, pertandingan dan kemudahan latihan.

Sepak Takraw

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Lain