suria

MOM Umum Senarai Awal 610 Atlet Ke Sukan SEA Singapura

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan 610 atlet telah disenarai pendek untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA ke-28 di Singapura, Jun ini.

Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar berkata mereka terdiri daripada 332 atlet lelaki dan 278 wanita yang akan turut serta dalam 35 acara sukan yang dipertandingkan.

"Ada beberapa persatuan sukan yang tidak menghantar nama ... mereka perlu menunggu beberapa pertandingan dan kejohanan untuk memilih atlet yang layak.
Kami telah menyiapkan lebih daripada 90 peratus.

"Lima persatuan sukan yang masih belum menghantar nama diminta melakukannya menjelang Mac.

"Kami akan menghantar kesemua nama ke Singapura pada 1 April," katanya pada mesyuarat pemilihan Sukan Sea di Wisma MOM, di sini Khamis.

Lima persatuan sukan yang belum menyerahkan nama kepada MOM itu ialah kanu, triatlon, renang, ekuestrian dan olahraga.

Tunku Imran berkata berdasarkan kepada mesyuarat pemilihan selama dua hari itu, kebanyakan sukan menyasarkan untuk meraih pingat emas.

Artikel Lain