suria

Van Gaal Sedia Terima Fletcher

MANCHESTER: Darren Fletcher bernasib baik kerana pintu masih terbuka untuknya di Manchester United jika perpindahannya ke West Ham menemui jalan buntu.

Berita itu disampaikan Pengurus Manchester United, Louis van Gaal yang sedia menerima kembali pemain kebangsaan Scotland itu ke Old Trafford jika perpindahan itu gagal sebaik tempoh perpindahan pemain tamat.

Ia dinyatakan selepas Pengurus West Ham Sam Allardyce memaklumkan perjanjian itu dilihat sukar untuk dicapai, sama ada pemain veteran United itu akan berpindah secara pinjaman atau tetap.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Bila pemain ke London untuk pemeriksaan perubatan dan kemudiannya tanpa sebarang masalah perjanjian itu gagal ia sesuatu yang pelik.

“Saya mahu bantu Fletcher dan itu keutamaan saya. Sebagai pengurus saya sangat gembira apabila dia kembali.

“Dia kapten pilihan ketiga saya, tapi kerana saingan dalam pasukan  dia tidak mendapat banyak peluang bermain. Kerana itu saya mahu membantunya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di sana. Semuanya berjalan lancar Jumaat lalu, namun kemudian pada Sabtu perjanjian itu batal,” kata Van Gaal.

Beliau yang gembira dengan aksi United selepas menyaksikan pasukannya menewaskan pasukan bawahan Leicester, 3-1  untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris percaya dengan keupayaan pasukannya untuk melakar lebih banyak kejayaan.

Menerusi perlawanan itu, United memperoleh jaringan pada babak pertama menerusi Robin van Persie, Radamel Falcao dan gol sendiri Wes Morgan membolehkan mereka mendahului sebelum Marcin Wasilewski menghasilkan gol sagu hati sebelum tamat perlawanan.

"Saya arahkan pemain supaya beraksi dalam satu pasukan pada setiap permainan, bukan hanya penguasaan bola, tapi ketika lawan mendapat bola," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain