suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

La Liga: Jaringan Messi Selamatkan Barcelona

Lionel Messi
LIONEL Messi tidak melepaskan peluang membuat sepakan menakjubkan dengan kaki kanannya dalam perlawanan menentang Villarreal sekali gus membawa kemenangan kepada Barcelona dan terus memberi tekanan ke atas Real Madrid di puncak La Liga.

The Yellow Submarine berada di hadapan sebanyak dua kali di tempat lawan di Nou Camp, dengan pemain muda yang dipinjam dari Real Madrid, Dennis Cheryshev menyumbangkan gol terlebih dahulu pada minit ke-30.

Neymar bagaimanapun memastikan kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-45.

Tetapi, pada separuh masa kedua, pasukan lawan sekali lagi menggunakan peluang yang ada pada separuh kedua, apabila Luciano Vietto melakukan penyudah yang baik hasil serangan kemas dari Giovani Dos Santos dan kesilapan Gerard Pique.

Barcelona bertindak balas serta-merta apabila Rafinha sekali lagi mengikat perlawanan dengan gol yang dijaringkan pada minit ke-53.

Dua minit kemudian, Barcelona mendahului buat pertama kali apabila Messi membuat sepakan dengan kaki kanan memberikan kemenangan 3-2 terhadap pasukan itu.
Lionel Messi, La Liga

Artikel Sebelum

Van Gaal Sedia Terima Fletcher

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain